Sunday, June 17, 2012

review lotion

Assalamualaikum.

Hello peeps ! harini aku nak buat review lotion yang pernah aku try dan keberkesanannya.dalam bebanyak skincare products,paling aku suka adalah lotion.benda ni wajib ada dalam shopping list aku kalau dah habis.bagi orang lain mungkin gemar memakai day cream or night cream.for me,lotion is enuff,teehee.aku start pakai lotion pun selepas spm,huhu.masa sekolah mana reti bebenda gini.biasalah perempuan semua nak try kan (=.=) bila dah try tak boleh nak berpisah pulak dah.terukk terukk.

Ok ni produk pertama yang aku try “new & trendy”.cemana pula dengan keberkesanannya?bagi aku produk ni ok ok je.bau wangi dia memang kuat tapi tak tahan lama.kalau apply dekat tangan agak melekit.

Produk kedua aku try adalah “nivea”.masa tu lotion nivea ni tengah hot.aku pun cam,ehh ramai pakai yang ini kata ok.kita pun try lah.sekali perghh bau lotion macam bau jantan.terus stop.lotion ni terus aku lesing ke tong sampah.tak ada effect pape pun.

Ketiga aku try “johnson & johnson”.beli secara tak sengaja.nak rasa feeling feeling baby kejap.suka lotion ni.bau dia buat kita nyenyak je tidur.memang terasa baby ahh pakai lotion ni,ahak ahak.lotion ini sedikit melekit dan tak meresap ke dalam kulit.

Next aku try “vaseline”.yang bestnya lotion ini tak melekit dan cepat menyerap dekat kulit.tapi satu aku tak berkenan sebab bau dia tak wangi,huhu.biasa je bau dia.dalam masa yang sama aku try jugak lotion dari “etude house”.tak best langsung etude house punya lotion.packaging je comel ala ala korean gitu.tapi hampeh.

Dan buat masa sekarang aku akan setia dengan lotion dari “echanteur paris” suka sangat lotion ini.bau dia sangat wangi.paling best sekali tak melekit.i loike i loike ! nak stay dengan lotion ini je.jangan lah ada godaan dari bodyshop ke bagai,haha.




Prinsip dalam membeli lotion.

1.Packaging WAJIB bewarna pink dan comel (pakej pakej)
2.Mestilah wangi dan tahan lama (ada SPF lagi bagus)
3.Harga berpatutan (mampu dibeli oleh student)
4.Tidak melekit.

Jangan ingat perempuan je pakai lotion tau,lelaki pun ada.tak salah lelaki pakai lotion,bukan hilang sifat kelakian atau kemachoan pun.bagi aku lelaki yang menjaga kulit ini memang awesome ! haha.bagi girls pulak triple awesome ! hehe.

Much love <3

No comments:

Post a Comment